KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja dalam kes pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa membuli lima pelatih pasukan itu, jika terbukti bersalah.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, buat masa ini siasatan masih dijalankan termasuk di peringkat dalaman TUDM.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini bukan budaya kita. Jika didapati ada anggota yang benar-benar terlibat dan tidak mengendahkan larangan-larangan dalam terma perkhidmatan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk buang kerja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, pada Rabu.
Pada masa sama, Mohamad turut menasihati anggota ATM supaya tidak terlibat dalam sebarang perkara terlarang yang melanggar syarat perkhidmatan pasukan itu.
Media sebelum ini melaporkan lima pelatih kursus TUDM mendakwa dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan.
Kejadian dibongkar keluarga salah seorang mangsa yang membuat laporan polis sebelum ia ditularkan di Twitter.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf sebelum ini mengesahkan lebih 10 individu dipanggil memberi keterangan bagi tujuan siasatan berhubung kes buli terbabit pada 12 April lalu.
Beliau turut menjangkakan kes tidak mengambil masa yang lama dan diselesaikan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Umavathi Ramayah
Wed May 10 2023
Mohamad Hassan berkata, buat masa ini siasatan masih dijalankan termasuk di peringkat dalaman TUDM. - Foto fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Malaysia tingkatkan kemampuan pertahanan udara dengan GM400 Alpha
Sistem radar Ground Master 400 Alpha ini merupakan peningkatan signifikan terhadap infrastruktur pertahanan Malaysia yang sedia ada.
Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol
Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan melalui modul yang berbeza berbanding sebelum ini.
Cabaran menanti PH-BN pada PRN tidak boleh dipandang ringan - Mohamad
Dinamika politik hari ini menuntut semua pihak bekerja keras untuk mencipta kemenangan.
"Saya boleh kata dua juta masuk UMNO" - Mat Hasan jawab Annuar Musa
Terpulang kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu untuk membuat kenyataan, namun, biarlah munasabah.
'Jika terbukti, anggota TUDM terlibat kes buli pelatih boleh dibuang kerja' - Mohamad
Kementerian Pertahanan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja dalam kes pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa membuli lima pelatih pasukan itu.
Status Khairy Jamaluddin dalam UMNO diketahui petang ini?
Nasib dan kedudukan KJ akan diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO.
PRN: UMNO lantik Menteri Angkat atur strategi di 6 negeri
UMNO akan terus memastikan kesiapsiagaan jentera parti itu berada pada tahap optimum bagi menghadapi Piliha Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi membabitkan enam buah negeri.
PRU15: BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman
Mohamad yakin BN mampu membentuk kerajaan pada PRU15 berdasarkan maklumat terkini kajian sikap pengundi yang berpihak kepada UMNO.
Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Johor antara jentera yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi.
Permohonan PBM, lima parti lain sertai BN diteliti - Mohamad
Penelitian mendalam akan dibuat terlebih dahulu sebelum penilaian atau merit diberi.